About


Tentang JomGAP

JomGAP ialah aplikasi rujukan Amalan Pertanian Baik (GAP) Tanaman Getah RISDA yang dibangunkan bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan tanaman getah melalui telefon pintar.

Dikemas kini: 12 September 2026

JomGAP menghimpunkan maklumat berkaitan penanaman dan penyelenggaraan kebun, pembajaan, rangsangan, penorehan serta pemasaran hasil getah dalam satu aplikasi yang mudah dicapai.

Aplikasi ini dibangunkan oleh Kumpulan Inovasi T3 dari Pejabat RISDA Daerah Marang/Kuala Terengganu dan terus ditambah baik dari semasa ke semasa dari segi kandungan, fungsi serta pengalaman pengguna.

Apa yang terdapat dalam JomGAP?

GAP 1 hingga GAP 5
Panduan Penanaman dan Penyelenggaraan Kebun, Pembajaan, Rangsangan, Penorehan dan Pemasaran Berkelompok.
Harga Getah & Kalkulator
Harga Rujukan SMR 20 dan Latex in Bulk, Kalkulator Harga Skrap, Kalkulator Harga Lateks serta Cadangan Harga Belian.
Bantuan Tanam Semula
Rujukan dan kalkulator berkaitan Bantuan Tanam Semula Getah RISDA.
Carian, Kegemaran & Notifikasi
Fungsi tambahan bagi memudahkan pencarian kandungan, menyimpan nota pilihan dan menerima pemberitahuan berkaitan.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai pertanyaan, cadangan penambahbaikan atau menghadapi masalah ketika menggunakan JomGAP, sila hubungi melalui e-mel.

fadzelin@risda.gov.my

Bagi laporan masalah aplikasi, sila sertakan maklumat seperti versi JomGAP, jenis peranti dan penerangan ringkas masalah bagi memudahkan semakan.

Dapatkan JomGAP

JomGAP boleh dimuat turun atau dikemas kini melalui Google Play Store.

Muat Turun di Google Play
Penafian
JomGAP ialah aplikasi rujukan dan tidak menggantikan maklumat atau arahan rasmi yang dikeluarkan oleh RISDA atau agensi berkaitan.

نموذج الاتصال