Selamat Datang ke Laman Web JomGAP


JomGAP • Amalan Pertanian Baik Tanaman Getah

Selamat datang ke laman web JomGAP, aplikasi rujukan Amalan Pertanian Baik (GAP) Tanaman Getah RISDA yang menghimpunkan maklumat berkaitan pengurusan tanaman, penorehan dan pemasaran hasil getah dalam satu aplikasi.

Dikemas kini: 12 September 2026

JomGAP dibangunkan bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan panduan berkaitan tanaman getah melalui telefon pintar. Selain nota GAP, aplikasi ini kini dilengkapi dengan fungsi carian, kegemaran, video rujukan, kalkulator dan maklumat harga getah.

Apa yang terdapat dalam JomGAP?

GAP 1–5 Panduan penanaman, pembajaan, rangsangan, penorehan dan pemasaran hasil getah.
Harga Getah Harian Harga Rujukan SMR 20 dan Latex in Bulk daripada sumber dalam talian yang tersedia.
Kalkulator Skrap & Lateks Membantu membuat pengiraan nilai jualan getah berdasarkan maklumat yang dimasukkan.
Tanam Semula Rujukan dan kalkulator Bantuan Tanam Semula Getah RISDA.
Carian & Kegemaran Cari kandungan dengan lebih cepat dan simpan topik penting untuk rujukan semula.
Notifikasi Penerimaan maklumat dan pemberitahuan berkaitan JomGAP serta harga rujukan.

Harga Rujukan Getah

Laman utama aplikasi JomGAP boleh mendapatkan Harga Rujukan Getah Fizikal yang tersedia daripada sumber dalam talian berkaitan seperti LGM dan RISDA360.

Maklumat tersebut digunakan sebagai rujukan bagi fungsi pengiraan harga skrap dan lateks dalam aplikasi. Pengguna juga boleh memasukkan atau menyunting nilai rujukan secara manual apabila diperlukan.

Dapatkan JomGAP

JomGAP tersedia untuk peranti Android melalui Google Play Store.

Muat Turun di Google Play Lihat Kemas Kini Versi
Penafian
JomGAP ialah aplikasi rujukan dan tidak menggantikan maklumat atau arahan rasmi yang dikeluarkan oleh RISDA atau agensi berkaitan.

Ada cadangan untuk penambahbaikan JomGAP? Sila hubungi kami di fadzelin@risda.gov.my.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال